Tuesday, July 7, 2009

Mrs. Noba, saya buat jugak!

Sepertinya saya buat masa sekarang ini tgh agak free dr keja yg membebankan.
Cuma perlu attend meeting dan mendengar aje kekdahnya.
I haf 3 meetings today itself.

Anyway, I've found this at Mrs. Noba blog and I find it interesting.
So saya dengan sukarela nak tag diri sendiri.

1. Bekas kekasih saya adalah orang yang paling saya benci dan selalu berharap dia mati accident dgn lori babi khinzir.

2. Saya sedang mendengar lagu-lagu Indonesia yang baru saya curik donlod 2,3 hari lepas. Sangat layan okeh?

3. Mungkin saya patut berhenti makan dan mulakan diet. Tapi, makanan di sini semuanya sedap. Camne nak buek tuh?

4. Saya suka menghabiskan duit suami saya. *Jangan marah ya cik abang ku..*

5. Sahabat-sahabat saya adalah orang yang akan saya cari bila saya dalam kesedihan. Tapi ini bukan bermakna time saya happy saya tak carik derang oke?

6. Saya tak faham kenapa manusia sekarang sudah ramai yang takde perikemanusiaan?

7. Saya kehilangan masa yang banyak utk bersama-sama dgn sang suami bila saya di Jakarta ini.

8. Ramai yang berkata selalu tak cukup duit. Macamane nak cukup duit tuh kalo asyik berbelanja tak hengat donia?

9. Cinta itu adalah sesuatu yang indah, asyik, manis, masam, pahit etc...

10. Di suatu tempat, saya dan suami saya tengah lepak minum petang sambil main Tai Ti di tengah-tengah laut. *ayat nak ajak sang suami naik cruise nih*

11. Saya akan cuba menguatkan iman saya untuk terus bertahan bekerja di sini dan juga akan berusaha lebih utk menahan nafsu saya dari terus-terusan membeli belah di sini.

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud sang suami mencintai saya selamanya!

13. Telefon bimbit saya ialah Nokia dan juga Sony Ericsson. Mungkin juga BB dalam masa terdekat ini! Haha.

14. Bila saya terjaga saya akan terus check handphone saya utk tgk jam.

15. Saya paling meluat bila selalu ada orang yang tak sedar diri.

16. Pesta/parti adalah tempat yang kadang-kadang saya suka pegi dgn sang suami.

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui ialah Toyen dan Toggy.

19. Hari ini saya ada 3 meeting. Reporting session. Just listen and give ideas.

20. Malam ini saya akan duduk di rumah dan kemudian akan berwebcam dgn sang suami.

21. Esok pula saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan diri berjalan-jalan di mall.

22. Saya betul-betul inginkan sang suami menyayangi dan mencintai saya sepenuh hati sampai mati!

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini saya berpikir perlukah saya make up hari ini?

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan I loike both!!!

25. Makanan Barat atau Jepun? Both again!

26. Bilik yang terang atau gelap? Gelap la besh! *wink wink*

27. Makanan segera adalah makan dengan kadar segera.

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang. "Kelly, tolong ambilkan saya air. Saya mau yang dingin ya."

29. Lepas ini saya akan menyambung R & D saya pada competitor bisnis kami yang ada di Indonesia.

30. Siapa yang anda ingin tag. Sesiapa yang ingin membuat tag ini secara rela macam saya.

1 comments:

gee carmen said...

hahaaa.. rajinnye tag2 nie :)
adalah tu yer nk suh zam buat sesuatu. bagus2.. idea yang bagus. boleh digunapakai bila saya kawen nnt. heheheeee