Tuesday, September 29, 2009

Routine harian kembali.

Dah selamat sampai ke pangkal jalan Jakarta.
Dgn batuk kong kang kong kang.

Malam nih kena tune time tido balik.
Dok kat KL, almost every nite tido jam 3 atau 4 pagi.
Kadang-kadang terlajak sampai kol 6 pagi.

Last 3 nites kat KL, dok bantai layan main Saidina dgn Sang Suami.
*Iya, awak hebat!*

Pas dah kalah main Saidina, saya paksa Sang Suami tgk saya main Guitar Hero.
Satu-satunya game Xbox yg saya power main.
Heheh.

Esok sampai Jumaat, full day meeting.
Itu lah routine pekerjaan saya.
Meeting - discussion - brainstorming - meeting - reporting ...

Banyak benda skang ni yg perlukan saya utk buat decision.
Salah buat decision, bley lingkup company.
Sapa kata enak jadik boss kecik?
Boss kecik masih perlu report kat boss besar yg sentiasa tanye figures revenue company.
Lagi tinggi pangkat, lagi besar tanggungjawab.
Lagi besar tanggungjawab, lagi banyak stress.

Bila dah stress....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Harusss lah ke spa weekend nih!!!
Hahahah...

Enuff with my shopping xtvts for the past 3 months.
Uikkss.. dah 3 bulan dah saya kat sini???
Cepat betol masa berlalu.

Alamak!!!!
Card reader jahanam plak.
Camne nak transfer gambor raya????

Bye!

Sunday, September 27, 2009

Cepatnya masa berlaluu..

Lusa da nak balik Jakarta.
:(

Seminggu nih rasa sekejap jekkkkkkkkkkkk..

Ada best dan tak best benda yg jadik time 1st raya ari tuh.

Sehari sebelom raya tuh saya hampir pengsan.
Sesak napas.
Mungkin sbb kurang rehat dek kerna bz ke sana ke mari.
Sudahnya malam raya tuh saya tido awal tanpa menolong kakak2 ipar yg bz masak kat dapur.

Pagi raya, napas dah turun naik lagik.
Tapi gagahkan diri jugak utk masak lontong sbb dah janji ng kakak2 ipar.

Pastuh bersiap2. *pic nnt la hapload*
Lepas solat sunat, terus pegi ke kubur arwah mak Sang Suami dgn keadaan yg tercungap-cungap.

Balik rumah pon dan tunggu abang ipar sampai.
Dah lepas Zohor baru lah sesi bermaafan berlangsung.

Airmata turun macam air ujan.
1st time cium tangan insan yang bergelar AYAH.
Then mintak maaf dgn Sang Suami pon meleleh2 airmata nih.
Napas dah agak kritikal time ni.

Setel jek sesi photo semua, Sang Suami terus bawak saya ke klinik.
Terus kena amik neb.

Then kami terus berangkat ke Melaka.
Mama dah ada kat kg dah.

Setel jek bermaaf-maafan ng mama, saya tidor.
Merehatkan diri sekejap.

Malam tuh just dok tepi laut jek amik angin sepoi2 bahasa.
Beraya pon sekadar kat rumah nenek sedara kat depan jek.

Alamak nak kuar g raya lagi nih.

Citer raya kedua nnt sambung la ek?

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

TO ALL MY FRIENDS IN MALAYSIA AND JAKARTA,

I WOULD LIKE TO WISH ALL OF YOU SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

DI KESEMPATAN INI SAYA INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA ENTRY SAYA YANG MENYINGGUNG PERASAAN KORANG.


HAVE A NICE AND PLEASANT EID MUBARAK!

Tuesday, September 15, 2009

Berhenti Berharap.

Wah tajuk!

Hehe..

"AKU PULANNGGGGG TANPA DENDAMMMMMMMMMMMM..."

Tapi saya sebenarnya berharap sgt supaya tak kena excess luggage esok.
Kali ini bawa pulang byk barang2 titipan.

My baju is only 5 pasang.
Handbag adalah 4. 1 yg dititip.
Baju Sang Suami ada dlm 3 lai.
Then a few others more is for Si Gomok, my adik ipar and my mom.

Fira, ur things occupied another half.
Then my colleague pon titip souvenirs.

Ingat nak bawak balik bag yg medium tuh tapi ternyata ngga bisa.
Mujur ada yg large size.
Tapi pepaham ajelah.. bag besar tu itself berat dia dah 5kg.

Brg2 tuh semua ada kebarangkalian lebih 10 kg.
Max weight is 15 kg.

So ada hope tak? *sambil mengira-ngira duit*

Sunday, September 13, 2009

3 hari lagi.

3 hari lagi saya akan pulang ke KL.

Yahoooo!!!

Tapi dalam masa 3 hari ini jugak, saya ada bermacam-macam kerja nak disetelkan.
2 hari full day meeting pulak tuh.

Fikiran sudah tidak menentu dah nih.
Meroyan pun ada jugak.

Setiap malam dok belek la bagasi yg sudah siap dikemas itu.

16 hari berpuasa kat Jakarta nih, berbagai-bagai pengalaman yg dpt dirasakan.

Gempa bumi.
Sweeping Malaysia.
Weekend yg macet di mall.
Ribuan umat yg sibok membeli belah.
Termasuk la jugak saya nih.

Dan yang paling menarik perhatian, bila kamu bisa melihat kedai makan yg penuh dgn orang2 yg makan di waktu tengahari.
Bukan setakat yg bukan Islam, yg Islam juga ada.

Bagaimana saya tahu?
Kerna ada diantara mereka yg bertudung.
Yang lelaki saya tidak dpt detect agama mereka sbb kdg2 rupa mereka macam Melayu tetapi bukan Islam.

Sini lebih terbuka dlm soal itu.


Cepat lah hari Rabu.

Friday, September 11, 2009

Open House

Gilakkk.. awal banget kok mau jemputin orang segalak!

Ehh.. tersyasyul plak..


Maaf, entry ini bukan utk menjemput kalian semua ke open house saya ya!
Bukan tak nak jemput tapi saya sendiri tak tau bila nak buat open house.

Anyway, saya cuma nak bagitau...
Pada sesiapa yang nak buat open house dan mau menjemput saya, (chewah! dgn tak malunya!)
*Well, at least for my BFFs : - Ieza, Hana, Eza, Gee and Aida sila lah rancang sebaik2nya!
Cam tahun lepas, Aida and Ieza on d same date!

Here is my schedule !

Balik KL : 16th September 09 (flight malam!)

Cuti dari 17th Sept - 27th Sept 09.


I'll be in KL on 1st day of Raya kerna mertua di KL jg! Hahah.
Tak yah nak gaduh2 rebut balik kg siapa dulu.
Pagi rumah mertua, lunch rumah mama.
Yeay!

Then petang baru balik kg suami yg letaknya 1/2 jam dr rumah atuk saya kat Melaka itu!
Pon sokkkaaaa jugak!

So on 3rd Raya I'll be free in KL. (Unless saya dan Sang Suami tetiba senget nak pegi bercuti ke mana-mana)

I'm flying back to Jakarta on 29th September 09.

Kendiannnnnnnnnnnnnnn...

Saya akan pulang semula ke KL pada,

7th October 09 dan balik Jakarta on 12th October 09.

Sumpah saya sgt suka!!
Bukan saya mintak utk balik ya.
CEO mintak saya balik pada hari tu kerna my CEO is getting married on 8th October 09!!

Whoot whoot!!!

Dah alang-alang dia kawin on Khamis kan, baik saya teruskan sampai hujung minggu di sini.
Then fly balik Senin tuh 1st flight terus ke kantor.

Dan lagi...

Saya akan kembali semula ke KL pada 30th October 09 - 3rd Nov 09.

Yang ini pon kena paksa balik.
Paksaan yg saya terima dalam keadaan sukaaaaa!!

Company buat training + annual dinner dekat Port Dickson.
Bley bawak spouse plak tuh.
Besh!


Patutnya perjanjian dulu, saya boleh balik at least once a month or once in 2 mths.
Tapi nih dah lain jadinya.

Bak kata Marcia,
Saya buat KL - Jakarta ni macam KL - Melaka jek!

Hehehehhe...

So my beloved friends,

Please book my time in advance ya!!

Thursday, September 10, 2009

Lagi 6 hari!!

Yes, saya ada lagi 6 hari seblom bisa pulang ke KL!!
Rasa excited sgt nih.
Rindu pada Sang Suami tuh tak yah ckp la.
Especially bila ari tuh demam sengsorang melepet kat dlm bilik.

Selalunya kalo demam / sakit, saya akan dilayan macam princess oleh Sang Suami.
Food and drinks will be served.
Walaupon adakalanya air teh yg Sang Suami buat tuh rasa macam air kosong, tp saya tetap minum sbb Sang Suami dah make effort kan.

My cough dah gone away tp hidung masih sok sek sok sek.
Mencikk!

Skang nih tgh kecoh pesal kes S.W.E.E.P.I.N.G Malaysia tuh.
Mmg agak menakutkan jugak la.
Tapi bila tgk keadaan di sekeliling, aman.

Kadang-kadang saya rasa media saja nak propah ganda kan issue ini.
Baik media kita atau media diaorang.
Sama saja.
Yang ni hentam yg tuh.
Yang tuh hentam yg nih.

Sudahnya yg tersepit ialah orang-orang mcm saya yg mencari rezeki di rantau orang ini.
So far, saya masih dilayan sebagai Puan Sri kat office ini.
Tak de plak staff-staff saya yg buat mogok tak nak keja dgn orang-orang Malaysia.
Mereka sedar kot, orang-orang Malaysia inilah yg bagi derang makan utk hidup.

Bukan nak bermegah, (saya pun makan gaji ya!) tapi itu kenyataannya.

Mereka di sini terpaksa bersaing demi sesuap nasi.
Every 16th of the month, when my HR Manager bagi saya penyata gaji masing-masing utk disemak, saya rasa sayu jek tgk figure gaji mereka.

Tak perlu tengok gaji office boy, driver dan receptionist la sbb itu mmg bisa buat airmata ini bergenang.
Gaji executive dan manager di sini pula lebih kurang aje dgn gaji receptionist kita di Malaysia!!

Kadang-kadang saya mengeluarkan sendiri duit poket saya bagi upah pada office boy yang mana dia juga merangkap cleaner apartment saya.
Every Tuesday and Thursday, dia akan membersihkan rumah saya termasuklah membasuh pinggan kalo ada yg tertinggal, menyapu rumah, mengemas tempat tidur, mencuci toilet etc.
Pada driver juga kadang-kadang saya bagi duit makan tatkala dia menunggu saya ke mall utk menghabiskan wang.

Saya anggap wang yang saya bagi tuh sebagai sedekah pada mereka.
Pada kita IDR 50,000 itu kecil.
Pada mereka, itu bisa dibuat makan 3 hari.

Ditambah plak minggu nih sepanjang minggu saya berbuka puasa percuma.
Kena entertain orang-orang telco.
Hard Rock la, Dapur Sunda la, Ming Restaurant la, Emporium la, Pacific Place la..
Naik jemu den di buek nyo!

Wednesday, September 9, 2009

Sesak Napas.

Last week, end of the month gaji masuk.
Last Monday allowance bulan Augustus masuk.
Next week 18th gaji bulan Sept dibayar awal.
Pastuh end of the month allowance bulan Sept plak masuk.

Sesak napas dennn!!

Haha..

Skang ni sudah berkira-kira nak beli hape nih.

Tgh ushar BB Curve nih...

Tapi kan...

Sang Suami pon sebok dok usha Black.berry Curve 8900 yg skang nih Celcom tgh buat promo for only RM 888!! Monthly RM 188.
Promo tamat 30th September nih.

Org len sbok nak sopping raya, saya bley plak sebok nak handphone raya.
Padahal baru jek lagi dpt hape dr Sang Suami time bday ari tuh.

Sebenarnya la kan, tujuan utama nak beli BB nih ialah utk menjimatkan cost SMS dan phone calls yg sekarang ini berlambak-lambak nilai dia!

So kalo Sang Suami pon pakai BB kat Mesia, and I use here in Jakarta, we will save on the communicating costs.
Idok la perlu tunggu sampai tgh2 malam utk berwebcam segala sbb I can BBm Sang Suami at any time, any where that I like!!

Tapi yg tak puas hati tuh, Sang Suami dpt beli hape itu dgn harga yg sgt murah!!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 8, 2009

Flu dan Batuk

Ari ni tak pi opish.

Bangun jek pagi2.. idong dah berair.
Tekak rasa kering jek.

Tapi gagahkan diri jugak utk bersiap dan blow rambut bagai.

While waiting for my driver to come, saya pegi la ke klinik yg letaknya di lantai bawah apt me.

Nahh..

Demam ada sket.
Yg lain flu ng batuk jek.


Angin takde ribut takde.. tau2 sakit.

Must be something I ate last nite.

Es goyobod haper tah!

Monday, September 7, 2009

Xtvt ari Ahad.

Bangun kol 11 am.
Guling-guling atas katil.
Pas tuh kemas bagasi tuk dibawa pulang ke KL nnt.

Selain dr itu saya hanya masak nasi goreng utk berbuka.
Nonton TV dan....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Set rambut cara conservative.

Idok la penat tangan nih kalo pakai catok iron rambut.

Xtvt Memperabihkan duit

Sabtu pagi tak tau nak buat ape *chewah ayat*, bangun jek terus menuju ke mall.
Hati ini meronta-ronta nak sambung balik tugasan yg tidak selesai malam sebelumnya di Senayan City.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Rembatan pertama : Sepatu dr Charles and Keith

Ini plak sepatu yg dirembat di Debenhams. Tah apa tah maret brand dia.

Handbag yg tidak perlu diketahui jenamanya.

Baju dr Debenhams juga.


Yang ni hasil rembatan hari Sabtu.
Rembatan di toko-toko yg tidak berjenama tetapi baju dia tetap menarik hati saya!
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Yang nih plak segala inner wear yg dirembat. Almaklumlah kan ada baju yg dibeli agak terdedah sket kat bhgn aset terpenting ittew. Aww!!!


Ini tidak termasuk lagi 2 helai baju kurung dan jubah yg saya tempah tempohari.


Hasil rembatan pada hari Sabtu itu tidak lah separah rembatan di Senayan City.
Dan saya bernasib baik juga kerna ada 2 org staff saya yg ikut masa di Senayan City.
Kalau mereka tidak ada, pasti Blackberry Curve ittew sudah menjadi milik saya!


Mujur hari ini duit allowance bulan August akan dibayar.

Yang tak beshnya, mereka bayar cash!

Dan ini pasti bisa membuatkan saya hilang arah lagik!

Bila terjaga dari tidur..



Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini 'kan mengadu



Saya dah tidur sekejap tadi tapi tetiba terbangun.
And now I can't sleep...

Merindui Sang Suami bagai nak gila.

Tetiba emo di tgh malam.

Tears, tears please go away!
I want to sleep.



Sunday, September 6, 2009

Program SMILE


Smile Is A Sign Of......




A smile is a sign of love
A smile is a sign of care
A smile tells how much to others
You are important and also dear

A smile is a sign of cheer
A smile is a sign of trust
A smile shows how you can
Be happy even in hard crust

A smile is a sign of joy
A smile is a sign of hope
A smile teaches you how you can
Remove the clouds of mope

For nothing but only a smile
Takes away your pain and trial
And pick your trouble's pile
And let you smile, smile and smile.


Ini la yg terjadi apabila sangap di rumah tgh2 mlm buta ini.

Saya senyum lebar kerna siang tadi saya telah menjalani program retail theraphy.
Sopping sengsorang diri sampai lupa diri.


Raya sakan makkkk!!

Friday, September 4, 2009

Contest dan Saya

Lately nih bila saya ber-blog-hopping, rata-rata bloggers tgh sibok menganjurkan contest.
Bermacam-macam contest yang ada.
Dan ramai jugak yg participate.
A good thing though.

Tapi..

Kenapalah saya tidak ada minat utk ikut contest2 ittew?
Some of the contest I find it very interesting.
And I think you can make alot of new friends just by hosting a contest.

Dan secara tiba-tiba, pasti rating blog anda juga akan naik secara mendadak.

Hmm..

Should I or should I not?

Honestly saya lebey suka to keep it low.
Walaupon tidak ramai yg membaca blog ini tp yg pasti there's a loyal reader.
Ada jugak diantara my readers yg takde blog pon.

I would prefer people who reads my blog sbb diaorg ikhlas nak read my blog.

Saya tidak mengutuk bloggers yg buat contest-contest itu, sebab itu hak mereka, blog mereka.
Saya juga tidak mengeji peserta-peserta contest ya.
Itu juga hak korang.


Dan 1 lagi, saya ini jenis yang amat jarang meninggalkan comment kat blog2 orang lain.
Ianya bukan bermakna saya tidak membaca apa yang diceritakan tapi saya hanya meninggalkan komen bila entry itu pada saya memang sgt menarik.


Sekian harap maklum!

Thursday, September 3, 2009

Mimpi...

Sang Suami tetiba call. Setelah berkali-kali saya call dia dr pagi utk kejutkan dia

Me : Amboi shedaaappnyaaa tidorr sampai lupa nak bangun ek?!!
Him : I mimpi besh Yang tuh yg terlajak tuh...
Me : Mimpi apa yg besh sgt tuh?
Him : I mimpi U belanja I g Honeymoon kat South Africa tahun depan. *diikuti dgn gelak jahat*
Me : Ewahhh!! Selalunya kalo U mimpi I belanja maknanya, U la yg kena keluar duit.

Pandai Sang Suami ya...
Dia baca entry kat bawah dah tu ckp saya yg kena belanja dia honeymoon!

Tapi kan sayangku...

Mimpi I malam tadi lagi besh!!

I termimpi-mimpi.....

*********************************************************
********************************************************
*******************************************************
*****************************************************
****************************************************
**************************************************
************************************************
***********************************************
*****************************
*************************
*********************
*****************
*************
*********
******
*****
****
***
**
*
*pics di Google*

Haa amiikkkk!!

I siap mimpi I buat drift lagik tau!
Racing ng sayang yg bawak Swift.

Amacam?
Agak2 mimpi I nih boley jadi kenyataan tak? *sama jek soklan u tadi kan?*

Dah 5 bulan ek?

Sedar tak sedar dah 5 bulan ek saya berada di alam rumahtangga.
Tak lama lagi dah setahun..

Selalu N3 time MONEY monthly-versary berkaitan how greatful I am to be a wife to Sang Suami, kali nih lain sikit.

Moga-moga Sang Suami paham apa yg dimaksudkan dekat sini.

Dis is the very first place we had our official date.

Ini plak tempat yg selalu kami pegi kalau terasa panas kat KL nih.

Ini tempat yg Sang Suami bawa semasa bday saya tahun lepas.

Ini plak tempat kami pegi semata-mata utk melantak tak hengat donia.

This is our very 1st pre-hornymoon.

Ini plak our 2nd pre-hornymoon.


Itu belom lagi saya tepek pics hotel-hotel yg dah kami bermalam di KL nih.

Agak-agak awaklah Sang Suami apa yg kurang ek?


Ada tak kengkawan bloggers kat sini nak bantu Sang Suami bg jawapan?

Hahah..

Wednesday, September 2, 2009

Puasa di rantau abang eh orang! *UPDATED*

Hari ini saya akan berbuka puasa di...

***************************************************
***********************************************
*******************************************
***************************************
***********************************
*******************************
***************************
***********************
*******************
***************
***********
*******
****
**
*


Hard Rock Cafe Jakarta!!!!!

Makan secara percuma plak tuh.
Harrusss la melantak sampai lupa diri kan?

Hilang segala usaha nak kurus konon!

Tapi kan..

Saya qada' balik dgn tidak makan benda2 berat sewaktu bersahur.
Enuff dgn yoghurt dan orange juice.

Begini lah nasib berpuasa di perantauan....

*UPDATED*

Sejurus selepas saya update entry ini, kepala saya tetiba pusing.
Rasa cam tempat yg saya duduk ini beralun.
Pastuh tetiba badan terhoyong-hayang plak.

Kendian kat luar riuh rendah.
Rupanya GEMPA BUMI!!!!!!

Staff semua berlarian turun bawah.
Saya pon tidak ketinggalan.
Jantung bergerak laju.
Mulut ni tak henti-henti minta doa pada Tuhan.
Mintak segala-galanya diselamatkan.

Keluar jek bangunan, ternyata sangat riuh rendah.
Ada yg menjerit.
Ada yg panic.
Ada yg cool.
Ada yg berkaki ayam memakai boxer tanpa baju.

Ada gempa bumi berlaku di Tasik Malaya (hampir dgn Bandung) berukuran 7.3 skala richter.
Tp kat Jakarta nih gegaran dia rasa agak kuat jgk.

Iskk...

Sekali lagi pengalaman yg begitu menakutkan.
Alhamdulillah, saya masih bernafas sehingga kini.

Walau bagaimanapon, upacara makan percuma di Hard Rock tetap akan berlangsung.

Saya akan pastikan saya makan sepuas-puasnya utk menghilangkan rasa debar ini.



Tuesday, September 1, 2009

Mencik betol!! *UPDATED*

Setelah sekian lama asyik naik MAS, ari ni kena naik AirAsia.
Tup2 skang ni tgh ujan dgn lebatnya.

Harus la flight delay kan??
Mencik tauuuu!

Tau td I beramas mesra dulu dgn Sang Suami.

Nasib ada wifi percuma.

Boley la saya berblogging sambil menayang 1 drpd kasut2 yg berjaya dirembat di Isetan ptg semlm.

*Hahah.. Tadi saya update blog guna hape hp, mana tah pegi gambor dia.

Nih dah sampai office after 2 hrs telat delayed.



*Pink tetap menjadik pojaan hatiku!*