Thursday, May 28, 2009

Ohh, Ohhh... YES!!!!

Malam tadi saya berperang dalam mimpi jek.
Sakit perut melampau membuatkan saya rasa malas nak buat apa-apa pon.

Sudahnya saya tidor awal.

Bila saya sedar, sang suami tgh sibok mengusung bantal untuk dibawa ke living room.
Almaklumlah, rumah kat Selayang nggak punya Astro dalam bilik.
Langsung saya sambung tidor balik.

Beberapa jam selepas itu, saya tersedar semula sewaktu sang suami masuk ke kamar.
Dan saya pasti yang sang suami juga tau yg saya sedar dgn kehadiran dia di sisi.
Tapi dia buat-buat tak tau.

Tanpa berkata-kata walau sepatah pun, dia terus tidor.

Kebiasaannya bila Man Utd menang, dia pasti akan kejutkan saya dari tidor untuk bersorak riang.

Pelik.


Pagi tadi sebelum saya kejutkan sang suami, saya terus online.
Bukak kat Yahoo! Sports.

Nahh...

Padan lah sang suami berdiam diri.

Rupa-rupanya, Man Utd kalah 2-0 di tangan Barcalona.

Dengan ini bermakna, saya dan Puan Hana dah pon menang betting dgn suami masing-masing.


Oh indahnya hari ini.
Walaupun tgh sakit perut.

Nota kaki : Saya tidak mengandung. Saya sedang PMS.

1 comments:

RoSe said...

hehhee...patutlah diam jer ek...ada maknanya tu..hahhaha..