Saturday, May 2, 2009
1 bulan
Oh, dah lama saya tinggalkan blog saya.
Nasib baik tak bersawang.
Sudah 1 bulan saya bergelar seorang isteri.
Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian saya.
Yang beda cuma, suami saya sentiasa tidur di sebelah saya.
The moments saya dapat tau tarikh saya ke Jakarta,
Saya cuba sebaik mungkin meluangkan lebih masa bersama suami saya.
Saya amik cuti 2 hari pada hari tarikh diberitahu.
Saya ikut suami saya pergi ke Petronas walaupun saya tau yang saya akan sangap di sana.
Seboleh-bolehnya saya tidak mau langsung berenggang dengan suami saya.
Ada ketika saya suarakan pada suami yang saya tidak mahu ke Jakarta.
Tapi saya pula dimarahi.
Katanya, ini adalah peluang terbaik saya yang tidak mungkin akan datang lagi di masa depan.
Tawaran ke Jakarta ini adalah peluang terbaik saya utk menyimpan duit untuk bekalan di masa hadapan.
Dan mungkin juga peluang ke Jakarta ini dapat merealisasikan impian saya.
Jadinya,
Saya harus menguatkan diri ini untuk hidup tanpa suami di sisi di sana nanti.
Walaupun saya sudah dapat membayangkan yang sang suami harus ke sana hampir setiap minggu.
Saya sudah dapat rasakan yang saya akan sentiasa merengek meminta yang bukan-bukan dari sang suami.
Dan suami saya pula...
Pantang dengar isteri dia nih merengek.
Pasti tak senang duduk dibuatnya.
Saya bersyukur kerana setakat ini, sang suami sangat2 memahami diri saya.
Dan saya berdoa agar kebahagiaan ini kekal selamanya..
Insyaallah.
Oh.. hampir terlupa.
Projek saya buat masa ini pon sudah tergendala.
Semua gara-gara saya terlalu sibuk bergurau senda dengan sang suami.
Masa bersama suami adalah terlalu penting buat saya sekarang.
Projek tuh masa dekat Jakarta pon boleh di launch kan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
zam jd wiken hubby la pasni.. hehehe chaiyo! chaiyo! ;)
hah tu lah tu .. asal aku telefon je tak berjawab kan .. sibuk projek betul kau ye .. hahaha .. apa pun aku sebagai kawan kau doakan yg terbaik antara terbaik .. :)
moga jodoh berpanjangan. salam prkenaln dari zana.
Post a Comment