Friday, May 8, 2009

Hantaran oh hantaran

Dalam byk2 entry perihal perkahwinan aku,
Aku lupa pulak nak tepek pics hantaran aku.
Yang digubah oleh aku dan mama di malam menjelang pernikahan ku.

Simple tapi bagi aku sudah cukup chantek.
Fresh flowers tuh aku beli di Petaling Street.
200 kuntum semuanya.
Harga dia utk 20 kuntum = RM 16.

Since the bekas is in white, I've decided utk beli roses kaler shocking pink + off white.
Pink dan aku mmg tidak boleh dipisahkan.

Ini sirih junjung yang mama gubah. Main cucuk-cucuk sajo takde pun refer memana. But wallaa!! *org tak puji pon aku ttp nak angkat bakul*


Dan ini pulak cincin utk Sang Suami. Cincin silver ada batu biru. Juz like what he requested. Nanti aku post close up pics cincin nih.

Ini pulak toiletries dari Lab Series yg aku beli guna voucher Parkson. Nampak bunga tuh disusun ikut sedap hati dan mata?

Ini pulak Al-Quran + Sejadah yang di beli di Semua House. Al-Quran ni dibeli bersama-sama rehal pewter itu tapi dek kerana tidak mengikut tema, rehal itu disimpan sudahnya.

Ini pula set perfume Euphoria by Calvin Klein. Selain perfume, ada shower gel, deodorant, and after shave. Beli guna voucher Parkson jugak. Semua around RM 400++.

Ini pulak kasut yang Aunty aku beli kat US. Sang Suami nye kaki size mat saleh kan. Harus lah beli kat sana. Beli ke? Tak. Aunty aku belanje. Brand Dockers.

Ini pulak jam Solvil Titus. Jam kami serupa. Sang Suami yang nak macam tuh. Ikutkan ajo sbb dia bayar kan for both. Kerna jam ini, 1 Pavillion aku tawaf. Tak banyak brand yg offer couple watch leather.

Ini pulak coklat tajaan Ieza. Sungguh mengikut tema kan. Sedap pulak tuh. Oppss kantoi aku terasa. Hahaha.. Thanks again Ieza!

Fondant cake yang comel lote nih aku order dekat Isabella Kek. Memang yummy butter cake dia. From his side pon amik cake kat situ. Kek reception pon dr situ. Memang puas hati!

Buah-buahan ini dibeli last minute ya. Tips utk mengilatkan buah, sapu minyak zaitun or ape-ape minyak kecuali minyak pengasih or petrol or minyak tanah ya!

Ini pulak baju Calvin Klein yg aku beli dekat Parkson jugak + belt Calvin Klein yg aunty aku dekat Belgium tuh belikan.


Kesimpulannya, aku tidak mengeluarkan duit yang banyak utk hantaran-hantaran ini.
And Alhamdulillah.. hasil dia sangat memuaskan hati ku. *Abis tu nak puaskan hati korang ke?*

Hantaran fresh flowers ini sebenarnya sangatlah berguna utk org-org yg tidak punya waktu utk menggubah.
Atau mempunyai sakit tangan kaku dan keras cam kayu.
Atau tidak mempunyai idea nak buat apa.

Oh ya..
Bekas-bekas tuh semua aku sewa ya.
Siapa-siapa nak sewa, drop me a msg.
I'll give the ctc no nanti.

Sekian untuk hari ini.

2 comments:

Kasut But Ceri Merah said...

sweet la walopon simple... sng keje ek? x payh buang doit nk upah org gubah...

Gieyana said...

Hye..hantaran u simple..but really nice..