Saturday, September 13, 2008

Amanah dan Rahsia..

AKU MELIHAT AKU MERASA. AKU TAHU ITU RAHSIA. RAHSIA YANG KU RASA BOLEH KU CERITA.TETAPI CERITA YANG KU RASA MEMAKAN MASA. BILA TEPAT PADA MASA DAN KETIKA. RAHSIA YANG BAKAL DI CERITA TIDAK SIA-SIA. KERANA YANG SIA-SIA ITU BUKAN RAHSIA. YANG BERCERITA ITULAH YANG BAKAL TERASA DI PERSIA KERANA BERCERITA KEPADA YANG TIDAK BERCITA-CITA. HANYA SEDAP DI TELINGA TETAPI KENYATAANNYA HATI SEBAL FIKIRAN BEBAL. ADA BAIK RAHSIA ITU DI SIMPAN SAHAJA. BUKAN UNTUK SELAMA-LAMANYA TETAPI SEKADAR UNTUK DI JADIKAN PANDUAN DAN BEKALAN KITA. BILA BERCERITA TETANG RAHSIA. BERCERITALAH PADA YANG BERHAK KITA CERITA MAKA YANG HAK ITU LAH YANG PUNYA SEBENAR CITA-CITA. BUKAN SEKADAR INGIN MENDEGAR CERITA. MALAH YANG NYATA DI SEBALIK KATA RAHSIA ADA RAHSIA YANG BELUM DI CERITA. MAKA RAHSIA JUGALAH NAMANYA.


Rahsia adalah bagi mereka yang berhak kepada rahsia. Mana yang lebih berat jika di banding Amanah dan Rahsia? Maka pada saya kedua-duanya sama berat? Jadi sebaiknya bagaimana? Kita simpankan dahulu sahaja dan ianya sudah menjadi tanggungjawab bagi yang berahsia untuk bercerita pada yang berhak cerita? Kerana rahsia itu adalah amanah. Amanah untuk kita sampaikan pada yang berhak dan beramanah? Soalannya? Siapakah di atara kita yang berhak di atas rahsia itu sendiri? Yang berahsia siapa kita untuk menyimpan rahsia? Sesungguhnya setiap sebenar-benar rahsia itu adalah hak Allah swt yang berkuasa. Hak kita yang berahsia pula bagaimana? Atau ianya berhenti bergitu sahaja? Tugas kita sebagai penyimpan rahsia adalah untuk sebagai memikul amanah kepada yang hak kita cerita? Jangan sampai pula kita yang berahsia di tuntut kelak kerana tidak menjalankan tugas sebagaimana yang telah di amanahkan kita sebagai penyimpan rahsia. Setiap sebenar rahsia itu adalah hak Allah swt yang mutlak? Bukan hak kita terkecuali itu hanya cukup titik kepada kita dan kita sahaja? Seperti Nabi menerima wahyu berlainan tugasnya daripada Rasul menerima wahyu? Kita menerima pertunjuk, alamat, ilmu, rahsia dan amanah? Bagi kita yang di pilih diantara yang terpilih? Ianya telah menjadi amanah bagi kita untuk tidak persalahgunakan rahsia telah kita terima. Untuk apa kita tahu dan atas sebab apa kita perlu tahu? Jawapannya hanya Allah swt sahaja yang tahu? Bukan urusan kita untuk tanyakan kenapa kerana itu adalah amanah dan perintah dari nya? Yang tergerak dan di gerak. Siapa yang tergerak dan apa yang di gerak? Sekira rahsia milik Allah swt dan bukan kita yang memandai reka? Amanah pula milik siapa? Mustahil itu milik Allah? Maka amanah itu adalah tangungjawab kita? Tetapi kadang kala kita tersilap? Tersilap dengan rahsia yang sengaja di amanahkan golongan sesama manusia yang sengaja ingin memberatkan perkara yang sunat kita cerita tetapi tidak wajib untuk kita di paksa.

Kini saya berasa syukur kerana telah melaksana tanggungjawab dan amanah saya untuk menyampaikan sekadar apa yang saya rasa? Maka rasa itu adalah bahagian rezki saya tetapi yang memberi rasa itu adalah hak Allah swt semata-mata. Kun Faya Kun dengan izin Allah swt maka ia nak jadi maka jadilah ia? Siapa kita untuk membantah haknya? Hak yang mutlak sesungguhnya kita telah menmyaksikan tiada tuhan selain Dia dan Nabi Muhammad adalah Kekasih dan Hambanya. Sudahkah kita menjadi Hamba kepada Allah swt. Itu jawapan kita tepuk dada tanya selera? Suka tak suka itulah hakikatnya.......

Kepada sesiapa yg pernah menceritakan rahsianya kepada saya, jangan risau, rahsia itu tetap menjadi rahsia kerana saya bukanlah jenis yang suka menbuka pekung orang walau ape jua keadaan yang berlaku.

3 comments:

Iza said...

wah..bagusnya diva-diva ku ini..msg2 bagi post berunsurkan islam sempena bulan ramadhan ini..aku pun nak jugaksla...Hana,jom post blog mcm qme n lily..keep up d good deeds in this holy month of ramadhan.
p/s:ive sent u a ramadhan tag..check out my blog :)

Hana Hassan @ Riko Hana Chicka said...

syukran! another good topic from divass.. keep it up!

biarlah rahsia :-)

eZa said...

beb! simbolik pe nih? mcm ade sesuatu tersirat je nih?? ;)