Thursday, September 25, 2008
Jejak Kasih @ San Francisco
Both of them are married with 2 kids. Bley plak dpt sepasang bersama-sama kan? Korang berjanji ke haper? Give me some tips nnt tau. Masa kat PTPL dulu kiteorg mmg rapat. Mana pegi pon sama. Assignment group mesti skali. And I even gave our group name as S.H.E. Hehe.. tp aku dah tak igt dah what does it stands for.
I am happy to see them happy. If it's not because of this Internet world, I would not be able to get in touch back with them. Macam-macam catched up stories but it seems that we have a very limited time. Perhaps another meet ups after raya nih. Besh giler especially when we talked about our very funny moments with this one guy named Aswadi. Mamat yg dgn selamba isi minyak keta Wira Aeroback RM 5.
Back to the food review, we ate loads ok!!! Food choices mmg banyak with just RM 48++. Got Japanese summore. Western ada. Lauk pauk ada. But we ols just concetrate dgn western + japanese jek. Then comes to desserts. I ate 6 scoops of chocolate ice cream! Hahaha.. The food taste was ok. Not a WOW but still puas hati sbb tempat dia besar and so comfy. Our session ends @ 915 pm.
Birthday Irda @ Cozy House
Ieza too, brought us TM's kurma boxes which is lovely! Thanx babe! After the eating session, we had our photography session as usual. More pictures can be view @ my facebook.
Tuesday, September 23, 2008
Bersahur with CSP
Since my berbuka puasa schedule quite pack, and after a couple of times tak jadi nak berbuka bersama derang nih, we've decided to have Sahur together. Bertempat di Syed Bangsar, seawal jam 11 malam kami sudah berada di situ. We know that we definitely going to end up late, that's why we do it early. Memang benar seperti yang disangka, we finished at 430 am.
Besides Nash and Gee, Zie, Alifah and Abu also joined us but not for a long time like the 3 of us. Bermacam-macam topic hangat yg kiteorg bualkan. No worries gurls, those articles are not meant for u. Tapi boley digunapakai sebagai panduan dlm memilih sahabat.
Oleh kerana melepak di mamak, harus lah bergelas-gelas air yg kiteorg minum. Makanan juga tidak kurang banyaknya. Cheese nan, Nasi Impit Kuah Kacang, Maggi Kari MANIS, ABC with Ice Cream, Tosai Kertas, Air Mata Kucing 2 mangkuk etc..
Kalau tak disebabkan mata aku yg sudah berair, mau kiteorg terlajak waktu imsak. Hahaha.. Anyway gurls, thanks 4 d nite!! Nanti kite buat lagi ya.. Hahah..
Monday, September 22, 2008
Berbuka @ Bayou Restaurant Cyberjaya
The food was superb so far among those places I've been to this Ramadan. Grilled Lamb dia, WOW!! Selembut sutera. One of my colleague siap ckp it taste like a DUCK. Kuih muih dia mmg variety and taste good if you were to compare with those served at hotels. Especially d one that I had a day before with Hana @ Nikko Hotel. Another recommended food was Oxtail Tomyam. First time seyy I've tasted that. Never seen anywhere else before. I ate loads of it. Since this is private function, the choices are quite limited. However, during normal days, they served 150 choices of food @ RM 42 nett. Murah kan?
Dah malas nak citer lagik.. buat aku teringat2 jek kat sana. Hehe.. Let d piccas do its talking now.
Friday, September 19, 2008
Updates Schedule
12th Sept 2008 - Majlis Buka Puasa with Celcom @ Dewan Perdana Felda.
13th Sept 2008 - Majlis Buka Puasa with Rukun Tetangga Desa Pandan. I am d organizer.
17th Sept 2008 - Berbuka with my Taffu's staff @ Planet Hollywood.
18th Sept 2008 - MSC MALAYSIA BUMIPUTERA TECHNOPRENEUR DIALOGUE + Majlis Berbuka Puasa with MSC Malaysia @ Nikko Hotel.
19th Sept 2008 - Majlis Buka Puasa with Anak-anak Yatim and MCMC @ Cyberjaya.
22nd Sept 2008 - Majlis Buka Puasa with Maxis @ Mandarin Oriental Hotel.
23rd Sept 2008 - Berbuka with my Divas @ Cozy House Great Eastern Mall
24th Sept 2008 - Berbuka with my jejak kasih fren from PTPL, Aida and Eza.
26th Sept 2008 - Majlis Buka Puasa with Digi @ Concorde Hotel Shah Alam.
Aku tidak berjaya utk menurunkan berat badan di bulan Ramadan ini. Nampak gayanya after raya aku harus kembali ke Gym hari-hari. Heheh..
Thursday, September 18, 2008
Shop, shop, shop...
Sunday, September 14, 2008
Nasihat Imam Shafie untuk mencari SAHABAT.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.
Mencari sahabat pada waktu susah. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku
berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Sukarnya mencari sahabat sejati.
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya.
Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susah. Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.
Menghormati orang lain. Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati.
Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan
menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikan dosa2 terbayang di ruang mata..
Semoga dapatlah kita mengambil iktibar dari nasihat Al-Imam Shafie RA.
Saturday, September 13, 2008
Amanah dan Rahsia..
Rahsia adalah bagi mereka yang berhak kepada rahsia. Mana yang lebih berat jika di banding Amanah dan Rahsia? Maka pada saya kedua-duanya sama berat? Jadi sebaiknya bagaimana? Kita simpankan dahulu sahaja dan ianya sudah menjadi tanggungjawab bagi yang berahsia untuk bercerita pada yang berhak cerita? Kerana rahsia itu adalah amanah. Amanah untuk kita sampaikan pada yang berhak dan beramanah? Soalannya? Siapakah di atara kita yang berhak di atas rahsia itu sendiri? Yang berahsia siapa kita untuk menyimpan rahsia? Sesungguhnya setiap sebenar-benar rahsia itu adalah hak Allah swt yang berkuasa. Hak kita yang berahsia pula bagaimana? Atau ianya berhenti bergitu sahaja? Tugas kita sebagai penyimpan rahsia adalah untuk sebagai memikul amanah kepada yang hak kita cerita? Jangan sampai pula kita yang berahsia di tuntut kelak kerana tidak menjalankan tugas sebagaimana yang telah di amanahkan kita sebagai penyimpan rahsia. Setiap sebenar rahsia itu adalah hak Allah swt yang mutlak? Bukan hak kita terkecuali itu hanya cukup titik kepada kita dan kita sahaja? Seperti Nabi menerima wahyu berlainan tugasnya daripada Rasul menerima wahyu? Kita menerima pertunjuk, alamat, ilmu, rahsia dan amanah? Bagi kita yang di pilih diantara yang terpilih? Ianya telah menjadi amanah bagi kita untuk tidak persalahgunakan rahsia telah kita terima. Untuk apa kita tahu dan atas sebab apa kita perlu tahu? Jawapannya hanya Allah swt sahaja yang tahu? Bukan urusan kita untuk tanyakan kenapa kerana itu adalah amanah dan perintah dari nya? Yang tergerak dan di gerak. Siapa yang tergerak dan apa yang di gerak? Sekira rahsia milik Allah swt dan bukan kita yang memandai reka? Amanah pula milik siapa? Mustahil itu milik Allah? Maka amanah itu adalah tangungjawab kita? Tetapi kadang kala kita tersilap? Tersilap dengan rahsia yang sengaja di amanahkan golongan sesama manusia yang sengaja ingin memberatkan perkara yang sunat kita cerita tetapi tidak wajib untuk kita di paksa.
Kini saya berasa syukur kerana telah melaksana tanggungjawab dan amanah saya untuk menyampaikan sekadar apa yang saya rasa? Maka rasa itu adalah bahagian rezki saya tetapi yang memberi rasa itu adalah hak Allah swt semata-mata. Kun Faya Kun dengan izin Allah swt maka ia nak jadi maka jadilah ia? Siapa kita untuk membantah haknya? Hak yang mutlak sesungguhnya kita telah menmyaksikan tiada tuhan selain Dia dan Nabi Muhammad adalah Kekasih dan Hambanya. Sudahkah kita menjadi Hamba kepada Allah swt. Itu jawapan kita tepuk dada tanya selera? Suka tak suka itulah hakikatnya.......
Kepada sesiapa yg pernah menceritakan rahsianya kepada saya, jangan risau, rahsia itu tetap menjadi rahsia kerana saya bukanlah jenis yang suka menbuka pekung orang walau ape jua keadaan yang berlaku.
Friday, September 12, 2008
Raya Preparation
So we went to Guess Kid. Memula cam nampak cam biasa je la.. Jeans, Denim skirts semua tuh Danisha dah ada... Tup2 terpandang plak denim dress. Commey banget.. Ye lah kan, all dis while, Danisha punya dress semua yg flower2 punye.. Nih denim dress.. mmg lain la kan.. And it is so sexyyy... Yg si Danisha nih plak.. masa aku nak kuarkan dia dr stroller utk test baju tuh, dia bley plak behave kan. Then bila sarungkan baju tuh, dia macam happy sgt.. So aku pon without a doubt amik je la baju tuh eventhough it cost me RM 159. Hahaha... Takper aku akan pastikan baju tuh adik dia and anak aku akan pakai jugak.. Hahahah... (Insyaallah)
Then masuk plak bab kasut. I went to Adidas. Nothing interesting. Puma too. Nike jugak. End up aku masuk Converse utk tgk kasut aku ekceli tp tah bila masa plak Converse ada kuar utk baby. And it's in purple color. Ada gambor game digimon lagik. Heheh.. So I bought that one.
Memang meriah la Danisha tahun nih. Nenek dia nye kawan pon ada belikan dia 2 pasang baju. Then mummy dia lagik belikan dia Denim skirt Roxy, Baju Kurung 2 pasang, Crocs.. Tuh tak termasuk lagik yg nenek dia nak belikan this Sunday. Siap nenek dia nak g shopping kat Pavillion plak tuh.. Memang beruntung jadik cucu sulung nih kan...
Last weekend ada jugak pegi Jln TAR together with my Encik Bab tp saya sikit pon tak berkenan ng baju kat situ. Unlike past years, berlambak giler org jual baju tp tahun nih sket jek.. Or mungkin it's still early. Sunday nih I'm going to PKNS Shah Alam plak. Kalo takde jugak yg berkenan, I dont want to get any baju kurung. Baik aku carik seluar jeans. Hehhe...
My Encik Bab plak dok beria-ia nak belikan aku gelang kaki. Walawehh... so noottt me!! I tried to pursuade him to get me something else instead of the gelang kaki.. tp as usual jawapannya sangatlah mendukacitakan. Bukan nya dia tak tau I am more to gadget instead of all this gurly thingy. Haih.. apelah nasib. When I told Iza about it.. Minah tuh gelakkan aku bagai nak rak. Cheh! Sabor Qimie sabor. Ini adalah ujian. Haha...
Other than the baju raya, I was busy baking biscuit raya. Mengambil order buat chocolate chips cookies as usual. Rasanya tahun nih dah tahun ke 4 kot dok cater bisnes nih. Regular customer dah ada. Alhamdulillah ada la duit raya sket. Ahak...
I'm off to Dewan Perdana Felda. Till then...
Wednesday, September 10, 2008
Mood swing.
Tuesday, September 9, 2008
Ramadan 2008 Schedule
10th Sept 2008 - Buka puasa with my Encik Bab's cousins @ The Curve.
12th Sept 2008 - Majlis Buka Puasa with Celcom @ Dewan Perdana Felda.
13th Sept 2008 - Majlis Buka Puasa with Rukun Tetangga Desa Pandan. I am d organizer.
14th Sept 2008 - Buka puasa with my future in laws family @ Selayang.
17th Sept 2008 - Berbuka with my Taffu's staff @ Planet Hollywood.
18th Sept 2008 - MSC MALAYSIA BUMIPUTERA TECHNOPRENEUR DIALOGUE + Majlis Berbuka Puasa with MSC Malaysia @ Nikko Hotel.
19th Sept 2008 - Majlis Buka Puasa with Maxis @ Mandarin Oriental Hotel.
20th Sept 2008 - Majlis Buka Puasa with Anak-anak Yatim and MCMC @ Cyberjaya.
26th Sept 2008 - Majlis Buka Puasa with Digi @ Concorde Hotel Shah Alam.
So divas and friends, if korang rasa nak invite aku berbuka puasa bersama korang, avoid these dates ok. I am so full. There goes my diet lah kan! Since I've been transferred to Corporate Communications Department, eating have been a must things to do for me. Gosh!!!! Aku kena betol2 kuatkan semangat untuk kurus ini.
I'm Hungry...
DELL XPS M1330
Haha.. I'm just so damn bored with my current ACER lappy. Sudah outdated barangkali. 3 years of using it sudah cukop utk membuatkan lappy itu tidak perform. To add to it, I need to install my CS3 instead of using this CS. Susah utk aku mengedit pics. This lappy that I hungered for worth RM 5K++. Mami Jarum @ Salfarania Danisha
Bila bukak blog Hana & Ieza, masing2 letak gambo anak buah masing-masing. So aku pon nak join skali la... Hehe.. Buah hati aku nih mmg sgt2 pandai bergaya dan berposing. We've bought her that shades and she likes it. Dia langsung tak tarik cermin tuh..
At d age of 9 months, she knew how to salam people (this is very important for Raya day). She also knew how to show off her gold bracelet bought by her nanny. Haha... Lovely isn's she?
Tuesday, September 2, 2008
Dulang Hantaran
Monday, September 1, 2008
Inconsiderate and Insensitive
I wonder how some people can be so inconsiderate and insensitive when they talk. They can just think that they are at the top of the world and just be totally oblivious to how the other party feels. There is this friend of mine whom we share the same interest, initially I thought that I could put up with the way she acts and all, but I am thru taking her shit.
She is someone who has been in the scene longer than I have and I believed a lot that I could learn a lot from her, yes she does teach me stuffs, but when I have questions and I ask her, the way she answers is unbearable most of the time. Whenever I try to give my point of view or opinion, I will get hit with “I don’t care what you think/I don’t care about your opinion” and stuffs like that… wtf… some people just needs to learn how to communicate with others and not be so damn fucking anal.
I have tried my best to be a friend, I put up with all her shitty attitudes and I will put up with it no more. If she wants to act like this, I’m better off without someone like this in my life.
Nothing much to say… I just wanted to rant.
Anyway, to all my fellow friends.. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Aku sedey sebab tahun nih sekali lagi aku tak dpt nak sambut posa on d 1st day. :( Ptg semlm bley plak aku peod.
Aku berdoa agar tahun nih tahun last aku berpuasa as MISS FAIZATUL IKMI. Heheh.. Amin.