Monday, August 31, 2009

Bakal meroyan....

Lebey kurang 15 hari dah kat nih.
Esok pagi saya akan pulang ke kg halaman Jakarta.
Pasti ada pertumpahan darah airmata berlaku nnt nih.

Tapi....

Sebelom tuh, harrrruuussss lah Sang Suami kena bawak g sopping dulu!
Nak cr kasut raya. Hehehehe..

Thursday, August 27, 2009

Sekadar di Pinggiran....


Sejak ada bini baru yg bernama Xbox, saya telah dipinggirkan.
Ari2 Sang Suami mengadap smp kol 4 pagi.

Mentang2 lah bulan tgh mengambang penuh..

Sabor ajer lah dek non!!

Tuesday, August 25, 2009

Imej baru???

Rambut pendek?????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Oh, tidak.

Cuma bertopeng aje bila masuk office kat Phileo nih.

Tatottt arrrgh!!!


P/s : Percubaan kali ke 1000x utk diizinkan berambut pendeks! Ahaks.

Entry basi cum Promos

Ari tuh kan saya ada ckp pesal baby shower and surprise birthday party utk Sang Somi.
Saya ada tempah kek kenit dr kawan photog saya CIK ECAH.

Saya sangat lah berpuas hati dgn kek kenit ini.
Sedappppp!!!
Ramai yang memuji pon.

So Cik Ecah, harus la lepas nih anda menjadi vendor kek kenit saya utk event2 akan datang!

Pics ini dicilok dr blog Cik Ecah.

Monday, August 24, 2009

Yeay! X jadi balik!

Kalo ikut schedule, I am suppose to go back today.

Tapi....

Ada kerjaan sket kt KL nih yg perlu diselesaikan so flight ticket burn.
Maybe I hafta stay for another week b4 pulang ke Jakarta.

Sokka!

Dapat spend lebey masa bersama si Gomok ini!!

Saturday, August 22, 2009

Pertama Kali..

Salam Ramadhan utk semua my fellow friends.

Buat pertama kalinya saya menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri.
Rasa seronok.
Excited.

Pagi tadi time bersahur, Sang Suami tak mo makan.
Dia bz main game.
Boleh?

Dia cuma minum air coke sajork.

Saya?
Melantak nasi lauk pesamah daging yang dimasak oleh mama.

Sekejap lagi dah nak berbuka.

Saya berkobar-kobar buat kuih Buah Melaka dan masak bubur pulut hitam.
Tak tau la apa rasanya sbb mulut nih bukan boleh merasa pon.

Mama seperti biasa akan jadi chef.
Lauk sup ayam ng ikan masak sambal terpampang.


Oke dah nak berbuka dah.

Selamat berbuka semua!

Thursday, August 20, 2009

Bisnes Raya Awin *STICKY MODE*


Tempahan boleh di buat sekarang,
TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MELALUI :
1. HUBUNGI 012 305 2070
2. EMAIL : awin_poy@yahoo.com
Harga Almond London Utk 50 biji
Cookies 100 biji & Tart 100 biji.
TAMBAH 1 LAGI KUIH " CORNFLAKES MADU" harga RM18 = 100 biji




My sister, Awin paksa saya utk promote ini dlm blog.
Dekat MAXSHOPPE juga telah dihapdate.

Tuesday, August 18, 2009

Siaran Langsung Part 2

Tgh hari td check out dari Coronade Hotel.
Tetiba my SIL, K.Lang called.
Dia suruh pegi Impiana KLCC.
Check in sana pulak.
Bday present dr dia utk adik kesayangan dia.

A suite room plus dinner for 2 plus breakfast for 2.

Yeehaa!!!

Semlm pusing punye pusing, end up beli Xbox 360 yng harganya lebih kurang jek ngan PS3.
Reason for buying sebab PS3 game kat kedai tuh takde game bola kegemaran Sang Suami.

Boleh??

Tetiba saya teringin nak beli Nintendo Wii.
Ada yoga tuh!!

Sayang,
Please add this into ur account ya!

Sat lagi nak berentap main game ng Sang Suami.

Daaa!

Monday, August 17, 2009

Siaran Langsung

Saya bersiaran langsung dari Hotel Coronade KL.
Esok adalah birthday Sang Suami.

So malam nih nak gediks manja-manja ng dia.
Heheh..

Tapi sebelom itu, sat lagi saya akan berjalan kaki ke Sg. Wang utk belikan hadiah yg diminta.

Semlm ada 2 surprise party.
1 is Ieza's baby shower.
Pics nanti saya cilok dr FB Ieza dan Veen.
Idea dr Veen tapi saya jadik partner in crime.
Tak ramai tp cukop intimate.
I didn't get the chance to see Ieza's stunning look masa dia tgk semua tu as I am bz menukar diapers si Gomok di dalam toilet.
But I did enjoyed the time we spent there.

The next 1 is my hubby nye advanced birthday party yg dibuat di rumah bersama family tersayang.
Thanks to my mom and my sis who helped me out in making it happened.
My mom cooked her specialty in TOMYAM noodles.
Mmg kelakar the moments tp...
None of us yg ingat utk record semua itu!

Duhh!

But anyhow, I know to Sang Suami the moments will be remained forever in his life as it is the very 1st surprise party for him.
Sang Suami siap ingat rumah kena masuk pencurik sbb tetiba gelap jek padahal he knew that nite mama is cooking for dinner.

Oke.
Ujan dah berenti.
Nak jalan gi Sg. Wang jap.
Kena pau nih!!

Tp saya tau..
Lagi 3 atau 4 hari saya pasti akan pau Sang Suami balik!

Friday, August 14, 2009

Oops I Did It Again!

Tadi makan tengahari di Mall Ambassador.
Lepas tuh jenjalan utk menghabiskan duit masa.
Tetiba....

Ternampak sepatu kasut loafers yg sgt comel ini.



It is not for me.
It is for my 1 and only si GOMOK kat rumah tuh.
Bur*berry oke?
Aunty dia pon tak pakai Bur*berry.

Tanpa berpikir fikir panjang, Aunty dia terus mintak size yg paling besar.
Then bayar.

Sapa2 yg teringin jugak utk anak-anak or sedara mara or kengkawan or sesapa je lah..

I can buy it for u.

Ongkosnya??


RM 80 termasuk charge airport tax dr Jakarta.
Kalo nak order, sila order.
Ada warna dark purple juga.

I'll bring it back on my next trip to KL that is before raya.

Entry Sesak Napas

Nampak gayanya hasrat saya mau kecikkan badan mmg akan punah.

Buktinya???

*************************************
***********************************
*********************************
*******************************
*****************************
***************************
*************************
***********************
*********************
*******************
*****************
***************
*************
***********
*********
*******
*****
***
**
*

Mampos!
Makan 6 orang tapi order utk 12 org!
Lupa nak amik pics ikan kerapu dan bawal putih.
Sebab ikan sampai lambat dan kami semua dah start melantak.
Tak makan nasi pon tp perut saya rasa nak meletop!

Seafood kat sini semuanya di tangkap hidup2 dan terus dimasak.
Terasa freshnya!
Total bill = IDR 1.4 Juta (RM 400)

Tapi sangat puas hati!

Kena repeat lagi nih time Sang Suami datang.

Oh, ya..
Nama restoran itu ialah Bandar Djakarta yang terletak di Ancol.
Silalah!

Anyway, esok saya akan pulang!
Setelah 17 hari di sini merindu bagai nak rak kat orang-orang tersayang.

Daaa..!!

Wednesday, August 12, 2009

Lawatan Muhibbah

My good friends dtg last weekend.
The first who came to pay me a visit here sambil menghabiskan duit memasing.

They arrived on Saturday morning.
I fetched them dekat bandara *airport* with my supir of course.
Then we headed straight to Mangga 2 as Szaza is buying wedding favors for her bro's wedding soon.

Kami cuma di sana for about 3 hrs.
Saya tidak membeli apa2 pon sbb tau harga barang yg sama di Tanah Abang adalah murah.
Kalo wedding favors, Tanah Abang tak ada.

After that we headed to Mall Taman Anggerik.
Nine West ada sale tp byk yg bukan taste haku.
Charles & Keith tiada sale.
So tiada pembelian utk saya.

Seterusnya, kami ke Plaza EX.
Zana nak beli baju Hard Rock buat suaminya.
Juga tiada pembelian utk saya.

Kendian kami langsung ke Menteng.
Dinner di Nasi Padang Garuda.

Jam 7 mlm kami sudah kembali ke Aston.
Masing-masing capek. *penat*
So saya pon membawa mereka berdua ke spa yg letaknya di lantai *tingkat* 5.

Utk residence ada discount 20%.
Kalo nak suruh derang naik atas buat kat rumah discount cuma 10%.
Rate spa di situ ialah rate hotel tp masih murah kalo nak dibandingkan dengan Malaysia.
Foot reflex utk 1 jam cuma RM 32.
Sedap plak tuh.

*Hidop saya mmg heaven dekat apartment tuh walaupon dok sorang!*
*Sorry gambar 1st day mmg tak ada. Sbb masing2 teruja membeli belah.*

Ini ialah pemandangan dr apartment saya yg keberadaannya di lantai 27.
Second last floor.

Disebabkan Szaza telah kehabisan duit RM, dia telah meminta tukar dgn saya.
Terpaksalah saya menjadi money changer bergerak sewaktu kami bersopping di Tanah Abang.
Sudahnye Szaza tukar lagi RM 600 dengan saya.

Ini adalah pics sewaktu bershopping di Tanah Abang.
Cantikkan baju2 yg Szaza beli itu?
Its in 1 size.
I'm selling it for RM 45 sajork!
Sapa nak boley email saya.
*Perhatian - org2 yg bersize seperti saya.. hanya mampu menelan air liur.*


Ini hasilnya utk cuma 2 hari di Jakarta.
Mereka pulang pada hari Ahad. Flight malam.
Dikhabarkan, excess luggage sebyk 24kg!
Dan kena tax RM 370!

Tapi pada mereka, ianya masih murah walaupon dihitung dgn kos pesawat dan tax.

Soalannya, kalau mereka pon bisa meroyan bersopping kat sini, gi mana dgn saya yang menetap di sini kan?

Ha ha ha.

Monday, August 10, 2009

Jadi Milik Mu.

Byk nak hapdate tp kekurangan masa.
Balik jek rumah mata nih rasa kecik jek.
Penat jenjalan 2 hari tak abih lagik.

So time being,
Meh layan lagu besh dari Anggun.

Judul nya... Jadi Milikmu (Crazy)

Friday, August 7, 2009

Saya SOKKA!!

Esok 2 org teman saya dr KL akan tiba.
Mereka dtg semata2 utk sopping.
Saya sangat sokka!!

Yang buat lagi sokka, wang elaun utk bulan Augustus dah dpt hari ini.
Mereka bayar cash plak tuh.

Aunty Min,
Along try carik apa yg aunty Min nak tuh besok kalo sempat ek!
Sbb nak kena cari baju raya utk Mem besar kat rumah dulu, then Awin + Family and also for my FIL + MIL and adik2 ipar Along yg kecik2 itu.

Tetiba rasa penat 4 hari meeting berturut-turut hilang begitu sahaja.
Betol lah orang kata shopping is the best retail theraphy for the ladies!

Mmg pengsan la Sang Suami sbb Sang Isteri sopping tetiap minggu!!

Daaaaaaaaaaaaaaaaa.............

Thursday, August 6, 2009

Camne nak kurus nih?

Nampak tulis ape tuh?
Nasi Kucing.
Bukan nasi untuk kucing.
Tapi nasi yg porsi (portion) nye sikit so dipanggil la nasi kucing.

A mixture of plain rice with sambal ayam campur sket mee goreng.
Taste?

Enak!

I always take this for breakfast.

Masa memula one of the staff here offer the Nasi Kucing,
Saya agak kaget (terkejut) sbb saya pikir nasi berlaukkan kucing.

But segala persepsi hilang setelah mencobanya!

Ini baru Nasi Kucing, belom lagi Nasi Padang, Nasi Uduk, Nasi Ayam Penyet etc..

Memang perut ini sentiasa bloated dgn makanan.
Yang kadang2 dpt secara percuma especially during the meetings.

Time meeting kat sini kadang2 dihidangkan donut J.Co sebagai makanan ringan.

Mampos!

Wednesday, August 5, 2009

Capek.

Minggu nih penuh dengan meeting lagik.
Saya lagik pusing kok.

Anyway, siang tadi, my director offered me to go to Bali on this 14 - 17 Augustus since all the top management is going to celebrate the listing of our company in Indo.

Mmg saya sgt tertarik dgn offer itu since everything is free of course!


But..........






Saya akan pulang ke KL on 15 Augustus!!!

Birthday Sang Suami lebih penting dari segala keriangan secara percuma walaupon saya pasti akan mengeluarkan wang utk membeli PS3 Sang Suami!!


See Sayang, betapa daku mencintai dirimu................


Tapi harus lah ada perjanjian di sini.

Sang Suami harus membawa saya bercoti akhir tahun ini.
Oversea semestinya.
Bali pon tak pe kerna saya takkan pernah jemu di sana walaupon sudah berkali-kali ke sana.

Harap-harap virus B1N1 H1N1 ini akan lupus waktu itu.

Monday, August 3, 2009

Oh, teringinnya saya....

Oh sayangku,

Saya teringin sangat.................


Teringin nak...................












Potong rambut mengikut salah satu dr gambar2 yang di Google ini.

Agak-agak permohonan diluluskan tak???

Yang paling teringin cam pics yg last tuh... amacam?

Flash back


Dis pics is taken on our very first official date kat Bali.
Hari ini dah 4 bulan kami berdua hidup berumahtangga.

Sampai saat ini saya kadang2 seakan tidak percaya yg suami saya adalah dia.
Knowing that we've been bestfriends before and then end up kawin after 10 yrs berkawan.

And up till now, kami berdua masih lagi berkawan baik.
Kami masih lakukan perkara2 yg dilakukan sewaktu berkawan dulu.

I got nothing to hide.
Neither do him.

Dan saya sgt bertuah sbb dapat suami yg sgt appreciate saya sebagai isteri.

When we lepak together at mamak and out of nowhere he will give me a kiss on my cheek or on my forehead tanpa pedulik org keliling pandang.

Kalo berjalan-jalan kat mall, dia tidak malu utk peluk saya yang debab ini walaupon kat situ bersepah perempuan muda yg lebih cantik dr saya.

If he is driving, he will pull out my hand and give a kiss on it and bilang, "I love u so much."

*I love u so much too sayang!*

Terlalu banyak benda yg dilakukan oleh Sang Suami yang membuatkan saya rasa sgt bertuah memiliki dia.

Itu belom lagi nak kira bab2 memenuhi permintaan saya untuk menghabiskan duit yang bukan-bukan saban hari.

Tidak termasuk lagi time-time saya merajuk tak tentu pasal minta dipujuk.

Oh, indahnya semua ini!

Thanks sayang...

Hope semua yg saya kecapi hari ini akan berkekalan selamanya.

Amin....

Saturday, August 1, 2009

Saya gagal!

Misi utk menahan nafsu shopping minggu ini telah gagal.

Di pagi hari, kawan yg baru saya kenal, yg juga dr KL tp keja kat Jakarta telah call.
Ajak pegi Plaza Semanggi.

Aduh.

Saya dgn bangga jawab, "OKE!"

DVD ke mana, masak ke mana.

Sudahnya sopping spender warna warni 4 lai.
Adalah baju dalam 3 lai.
Malas nak hapload pics sbb takut ada org meroyan
Then beli groceries kat C4.

Dush, dush, dush!!!

Matikk la kalo macam nih every weekend.

Sang Suami siap msg, "Pengsan la I macam nih...."

Ampunkan saya penunggu gua!!!