Wednesday, October 14, 2009

Raya dan wedding.

Sebagai melepas geram dan membayar hutang entry-entry yg tergendala,
Nah baca dan tatap lah puas-puas pics semua ini ya!

Ni petang raya. Lepas salam mintak maaf bagai.
Pics time mintak maaf takley nak letak sbb time tuh saya menangis beria smp bengkak2 mata.
Time nih jugak saya tgk sedaya upaya tahan semput.
Pas abih sesi bergambar, Sang Suami terus bawa saya ke Klinik.

Sang Suami tak nk tempah baju melayu baru. Sudahnya pakai baju time nikah.
Saya pulak memakai jubah yg ditempah di Jakarta. Sgttt selesa!!!

Ini pula pics dgn seisi keluarga yg kebetulan semuanya berkumpul di rumah ayah tahun nih.
Dr 4 org adik beradik yg berkahwin (termasuk Sang Suami), 3 family sudah memproduce 12 org anak buah.
Hebat kan?

Ok abih pasal raya.

Now masuk pesal wedding big boss saya.
Yes, my CEO baru kawin.
Umurnya baru 33 tahun ya tapi dah kaya raya.

Weddingnya di buat di Hotel Sunway Resort.
Semua pekerja di KL dijemput termasuk lah 30 orang Manager dari Jakarta nih.
Flight + accommodation utk staff Indon ditanggung company.

Dah ler wedding selamba dia buat hari Khamis malam Jumaat kan.
The food dekat situ ok lah.
Chinese cuisine kan what do u expect?
Makan separuh jalan dan kenyang.

Bila dah kenyang, berposing sakan la jawabnya...


Pics bersama my X staff yg kat KL.
Saya sgt merindukan aksi gila2 mereka semua.

Ini pula bersama staff2 saya di Jakarta.
Majoriti manager adalah perempuan.

Dan ini haruslah bergambar dgn pengantin kan...

Habis wedding, saya dan Sang Suami pegi berjimba bersama2 anak2 dr Indonesia ini ke disko bersebelahan dgn hotel.
Lama sungguh tidak menari.
Tapi saya tak ler menari sgt pon.
Pakai high heels, mmg tak la nak shuffle bagai!
Hahaha...

Balik ke hotel kol 2 am.
Esok nya nak kena bawak derang jenjalan ke KLCC sbelom diaorang di hantar pulang pada petang harinya.

Ada sorang jek yg stay dok umah saya sampai ari Ahad.
Jenuh bawak dia berjalan sakan sampai saya terjebak membeli sesuatu.
Err.. bukan saya yg bayar lah tapi Sang Suami.
Saya mintak ajek!!



Apakah dia???


Nantikan entry berikut iya!!

Ok nak sambung kerja.

2 comments:

MamaIcha said...

ramai yg kahwin masa raya nie kan :)

Marsha~ said...

perghhh... mesti meriah dan makan sedap...