Wednesday, February 24, 2010

Gelojoh

Ok sangat tak sabar nak balik.

1st of course sbb winduh gilak sama Sang Suami.
*I think my demam tetiba ni because of him*

Secondly sbb apa yg I beli online ari tuh dah sampai!
*Double yeay!*

Apa I beli??


U all teka dulu ek..
I ada bg hint kat previous-previous posts.


This time, sapa dpt guess dgn tepat dan paling pantas, I kasik hadiah.




Hadiah kasih sayang!



Hahahha...

Tuesday, February 23, 2010

Ini Dunia Ku


Cinta itu duniaku

Lalu aku menulis tentangnya
Tentang kemabukan rasa
Tentang keindahan rupa
Tentang kerinduan yang tiba
Tentang liku-liku di jalanannya

Di duniaku aku tidak menulis
Tentang kehancuran bahana perang
Atau tentang penyerahan dan penaklukan
Tetapi aku menulis
Tentang kesetiaan dan keluhuran
Atau tentang ketabahan dan pengabdian

Siapakah akan mengerti ?
Siapakah akan sudi menatapi ?
Aku dan duniaku
Hidup dan bercinta...



Monday, February 22, 2010

Baddy Moody

Ok saya tgh mood swing nih.

Semlm saya demam balik.
Angin takde, ribut takde tau-tau demam.
Sama macam 2 minggu lepas.
Dah ler demam time weekend plak tuh.

Symptom dia tetap sama.
Start dgn flu then batuk smp muntah then demam.

In less than 3 weeks time 2 kali saya demam.
What is wrong with my antibody?

Dah 2 kali terbantut rancangan nak g buat facial ng spa.

Saya buat pregnancy test, ternyata saya TIDAK pregnant.
So what is this all about?

Ieza ckp dulu seblom dia pregnant pon dia dpt tanda2 cenggini.
Semoga betol laaaaaaaaaaaaaaaa...

Walaubagaimanapon (skema gilak!), saya tetap ke office jugak hari nih.
Byk nak kena setelkan sbb lusa (ya Rabu nih) saya akan pulang lagi ke KL.
Ada meeting on Thursday then will be off to Jakarta on Monday morning.

Fenat ok bolak balik cenggini.


P/s : Saya dah terjebak dgn online shopping eversince asyik sakit jek over the weekend kan. Nasib laaaaaaaaaaaaaa!!

Sunday, February 21, 2010

Time Flies..

My wedding top 10 pics!

Looking at the ticker above..
Makes me thinking how time flies..

Oleh kerana masa itu emas..
Baiklah saya merangka surat utk Sang Suami secepat yg mungkin.

To Sang Suami,

Be prepared ya!

Hahahahaahhahaha...

Friday, February 19, 2010

Besok Hari Sabtu.

Apa nak buat ek?

Tawaf sopping mall?
Masak utk diri sendiri?
Pegi spa utk buat facial and body treatment kah?
Pegi saloon utk touch up rambut lagi?
DVD marathon?
Nak swimming, sini hari2 hujan lebat.

Serious dah tak tau nk wat ape nih.

Itu lah rutin my weekend kat Jakarta nih..

Bosan aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Thursday, February 18, 2010

Entry Marah.


Korang jangan sesuka hati nak buang anak merata-rata dah tu siap bakar lagi baby tuh boleh tak???????????????????

Sedey tau bila I terbaca atau tertengok berita pesal kes buang anak yg bersepah-sepah kat Malaysia tuh.
Kot yer pon ko nak buang anak tuh, bley tak buang kat tempat yg betol so that baby tu tak terbiar sampai mati.

EEeiiii!!!

Ari tuh masa berita baby yg kena buang dan dibakar tuh, we were having dinner after the karaoke session kat Klang.
All of us (me & friends) mmg terkedu sesgt.
Tak sanggup I nak tgk TV tuh lelama.
Bergenang rasa airmata nih.

Kita yg beria2 nak anak nih rasa terkilan sgt each time period kuar.
Yg derang suka2 hati je nak buang.
Tak cukup dgn buang, ko seksa lagi baby tuh.

Mana la pegi hati dan perasaan org yg buat benda tu ek?
Kalau takde hati or perasaan, you wouldn't even want to do sex with others.
For sure la kan kalo ko nak buat sex tuh ko kena ada hati or perasaan nak buat baru jadik kan?
Unless ko kena rogol.
Tapi susah la nak dgr berita org kena rogol bunuh anak.

Otak ada tapi tak reti nak pakai.
Bodoh!

I've told Sang Suami, if saya punya kuasa utk menghukum org yg buat macam tuh, saya akan jatuhkan hukuman yg sama macam dia buat kat baby tuh.
Bior dia rasa!

Wednesday, February 17, 2010

Siaran Tergendala.

Dekat seminggu tak hapdate blog.
Rindu ker?

Hehehe..



Tuan tanah kedaung blog ari tu dpt panggilan mengejut dr Pak Boss.
Pak Boss nk buat meeting ari Selasa kat KL.

Chantek.
Call ari Khamis petang, saya amik tiket ari Jumaat sbb dah alang-alang weekend kan.
Kire ponteng keja ari Senin la.

Weekend ari tu jadual saya agak padat.
Sempat g wedding my Gen2 friend.
Then sambung ke karaoke.
Then melepak.


Sunday haruslah bangun tgh hari.
Dah tuh g lepak kat Bdr Permaisuri.
Pastu tanpa di plan, terus pegi makan Seafood kat Bagan Lalang.

Senin bangun tgh hari lagik.
G mall utk cari bday pressie ng cake utk anak buah Sang Suami.
Lepak SIL's crib utk attend party tuh.

Then mlm layan main Tai ti and lepak layan DVD ng Sang Suami.
Heaven I tell u.

Selasa meeting kat rumah Pak Boss.
Siap tgk tarian singa.
Nasib baik mood Pak Boss tak macam singa.
Kalau tak, haruslah saya plak yg macam selenga.

Balik lepak karaoke lagi.
Kali ni dgn geng lain.


And today Rabu, saya dah selamat sampai Jakarta.
Dah kat office pon.

Tak sabor tunggu Rabu / Khamis depan plak.

Hahahah..

Pulang lagik!

Nasib la kan! :P

Thursday, February 11, 2010

Verangans Mat Jenin.

Tiba-tiba, membayangkan saya di...


Bersama-sama berduaan dgn Sang Suami..

Pakaian plak harus lah vogue..

Fedulikks la kalau gemok ke hape kan...

Dgn memakai topi yg di beli di Bukit Merah tempohari...

Berposing ala-ala cenggini..


Pastuh beli pulak si comel ini...


*Lomo AquaPix Underwater*

Kendian berhajat nak amik pics cam nih..


Perghhhhhhhhhhh...

Nikmat betol rasanya kalau semua ini boleh jadi kenyataan kan?

*Sambil meneruskan angan-angan nya....*


Pics semua di cilok dr Goo.gle.




Wednesday, February 10, 2010

Merapu meraban.


Tidakkah dikau tahu
Rajukku bukan lama
Tak sanggup biar dikau
Hidup dalam sengsara



Tetiba plak playlist nih mainkan lagu Ajai ng Nurul setelah sekian lama.
*I have thousands of songs in my disc storage*
Layan la plak lagu nih kan sambil buat keja.

Ok lunch time.

Having Sushi.

Yippie!

Tuesday, February 9, 2010

Pulih.

Saya baru pulih dr sakit.

Weekend lepas saya sakit.
Bermula dgn sore throat on Saturday.
Kendian on Sunday, saya start batuk and flu.

Senin, batuk ilang tp flu masih ada.
Ditambah pulak dgn demam.
Kejap panas kejap sejuk.

Sudahnya dok umah 3 hari 3 malam.

Alhamdulillah, hari ni dah pulih.
Dah masuk keja pon.

Yg tak berapa nak pulih, sakit hati dgn sakit otak.
Mata pon ada sikit sakit bila time tgh demam tuh pi gatal online window shopping.

Ape nak buat, tak dpt window shopping kat mall, online pon jadik la..

Bahananya??





Enzo flat pumps!




Stuart Weitzman flat pumps!


Sesiapa pernah nampak kat boutique in KL kasut-kasut ini, sila bagitau ek!

Else, akan ku pesan dekat my aunty yg nun jauh di US ittew!



Mencik diri sendiri!

Hahahahaha.....

Monday, February 8, 2010

Wishin and hoping...



Just wishing and hoping
and thinking and praying
and planning and dreamin...




Day 2

Continue citer hari ke - 2.

Kami meneruskan perjalanan ke Penang!
It's makan time!!

Nasib jalan tak jem so we opt using the bridge.
Balik baru naik feri.
Sgt terik ok!

Masuk jek Penang, terus ke lokasi utama iaitu Nasi Kandar Line Clear.

Hazab! Sket nye ramai org padahal dah kol 330 pm tuh!
Teringin punya pasal, sanggup hadap.
Dekat 40 minit jgk lah beratur baru dpt turn makan.

Inilah hasil dia yg ditunggu-tunggu!

Puas hati!!!
Terbaekk!

After makan, kami ke Pasar Penang Road.
Dgn tujuan utk memborong segala jeruk2 yg berwarna warni ini.

Heaven tp saya boley terlupa nak bawak balik Jakarta 1 paket!

Sempat tu tuan tanah bergambar ala-ala syok sendiri dgn Sang Suami sambil tunggu jeruk2 yg diborong dipacking.

Our next stop is Hard Rock Hotel Penang.
Baru ku tahu rupanya hotel ini dulunya adalah hotel Casuarina.
Mati-mati igtkan they build a new one!

Oh tidak, bukan utk check in ya kengkawan..
Pegi utk usha line ajek.
But honestly, utk rega bilik yg sebegitu, fyi, standard room RM 700, saya prefer utk dok kat The Legend Water Villa dekat PD.
Terang2 ada swimming pool dlm bilik!

Tapi wajib jgk la abiskan duit kat Rock Shop ini.
Dah nama pon collector T-shirt Hard Rock nih kan..


Selesai sopping, kami beristirehat tepi laut untuk minum petang.


Abaikan muka tuan tanah yg sgt penat ini!

Setel jek minum petang, kami meneruskan misi makan kami.
Destinasi seterusnya adalah Gurney Drive.


Inilah hasil santapan malam kami.


Gumbira sbb semua yg diidamkan dpt dinikmati dlm masa sehari sahaja!
Fedulikkks kalo gemok skali pon!!!!!!!!

Selesai makan, kami pon berangkat pulang ke Bukit Merah.
This time naik ferri.

Esoknya dlm tgh hari kami pon pulang ke KL.

Sekian citer vaccay saya kali ini.

Next vaccay ke mana ya???
Tungguu.............................

Friday, February 5, 2010

Short Vaccay #3 - Day 1

Spt yg sediamaklum, saya ke Bukit Merah last weekend.

Arrived there on Saturday evening.
Luckily jalan tak jem.

Checked in dekat Suria Service Apartment.
Cheap rate for a studio unit.

Bilik tidak la superb tapi our mission ke sana pon bukan utk dok kat dlm bilik.
Tapi utk harga begitu, ianya berbaloi.
Since this trip bawak mama, we get the connecting room.
View swimming pool. (Lufers nak amik pic)


My room with the Queen bed while mama yg 2 single beds itu.

Kami berehat sekejap since kat luar tuh matahari masih lagi terik.
Lepas Asar, kami pon kuar ler berjalan2 di sekitar Bukit Merah itu.

Firstly masa masuk je kat tapak carnival tuh...
Me and mama found this topi yg dijual dgn harga yg sgt murah!
RM 8 utk 1. Saya beli 3.

Sukkaa!!



Sang Suami plak beli topi koboi ni dgn harga RM 10.
Dan dia sgt kagum sbb barang2 souvenir dekat sini agak murah.


Selain topi, saya juga borong fridge magnet. (Lufers nak amik pics)
3 for RM 10.

Then kami berenti berehat seketika utk menikmati ini!


Just nice jek rasa ABC nih.
Lemak berkrim dan tidak terlalu manis.
Tgh2 hari terik tu makan ni mmg nyaman rasa tekak!

After that kami sambung jalan2 mengambil pics di sekitar Laketown Resort itu.

Verangans kat obersee.

Ni depan waterpark. Tak masuk pong!

Dah penat pusing dan main segala game yg ada tuh, kami semua berhenti merehatkan badan kat kusi massage Gintell ini.
Murah ok! RM 3 utk 15 minit sorang.
Sang Suami ng Mama tibai setengah jam.
Saya tak sanggup sbb utk 15 minit tuh aje dah buat saya tertido sbb enak.
Kalo lebey, mau air liur basi I meleleh!


After the massage session, we all went out of Laketown Resort for dinner.
Time tu ujan gerimis.
Budget pas makan nak g naik night cruise tgk binatang.
But end up is has been cancelled since ujan lagi kan..

Frust di situ.


Lepas amik gambar ni, kami pon pulang la ke bilik.
Sambung xtvt lain sambil merehatkan diri sbb esoknya nak ke Penang kan.

Till next entry then...



Thursday, February 4, 2010

Surprise kunun!

On Friday nite, I hafta rush to Penang Village, The Great Eastern Mall for a surprise birthday party organized for my Bestie, Hana.

Supposedly semua DIVAS dah confirm nak dtg tp last2 minute, Ieza couldn't make it due to her personal problem.
Then Irda plak tah mana tah tak jawab2 call.

So it is just me, Sang Suami, Lily dan hubby and of course the birthday gurl dgn hubby dia.

Min (Hana's hubby) yg suruh saya organized surprise party nih tp dia jugaklah yg gagal nak coverline sampaikan birthday gurl dpt bau ada party utk dia mlm tuh.

But 1 thing for sure yg saya berjaya buat dia terkezut ialah...

*
*
*
**
*
*
**
*
*
*
*
**
*
*
*
*


Kinky tak??

Again, thanks to Cik Ecah for this yummy and wonderful cuppies!
Next order April yah!

This is what I got her!


Me + bday gurl.


Me, Bday Gurl & Lily.


Lily's, Hana's and of course mine!


Even d so called dinner party is only for 2 hrs, we enjoyed ourself though.
Especially bila session tips from mommy Lily.

Hahah..

Next entry baru citer pesal vaccay saya ya!

More pics on my FB.

Berjaya merembat.

Ari Khamis mlm touch down KL.
Ari Jumaat tgh hari dah berjaya.


Berjaya ape???
*
*
*
**
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
**

Taddaa!!!



Bukan 1, tetapi 2!!!


Perjanjian adalah 1 ttp setelah buat muka kesian kat Sang Suami..
Saya berjaya mengepow 2!

Nyaman rasa kaki waktu berjalan-jalan kat Bukit Merah & Penang ari tuh!

Next entry la citer pesal tu ek!

Macihhhh Sayang!


Wednesday, February 3, 2010

Ponek + Frust

Dah selamat sampai Jakarta.
Dah siap masuk office pon.

Byk nak story tp mcm takde mood.

PMS.

Frust. :(