Ibu Zain untuk semua wanita
Oleh Siti Shahila Ahmad
bhnews@bharian.com.my
ADAT: Rosmah merenjis air mawar pada Salfarania Danisha Mohd Zaifulazwan, 8 bulan yang didukung pelakon Liza Othman di Istana Budaya, semalam. |
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor berkata, Ibu Zain adalah lambang tokoh wanita Melayu yang layak dijadikan contoh kepada semua wanita terutama bagi mereka yang menceburi politik negara ini.
Isteri Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Ibu Zain adalah tokoh besar kerana banyak meninggalkan inspirasi dan idea di kalangan wanita untuk dijadikan ikon.
“Beliau bukan saja cerdik mengajar mengenai dunia kepada anak, malah mampu membimbing mereka supaya tidak meninggalkan tuntutan akhirat.
Beliau yakin pementasan dari 12 hingga 18 Ogos ini akan menarik penonton kerana menggabungkan unsur hiburan selain jalan cerita yang menarik dan penuh nasihat.
“Oleh itu, saya menyeru wanita terutama ahli politik menghayati serta mencontohi watak Ibu Zain sebagai wanita yang tidak pernah putus asa menaikkan taraf dan memperjuangkan hak wanita,” katanya selepas merasmikan Teater Muzikal Ibu Zain di sini, semalam.
Beliau yakin pementasan dari 12 hingga 18 Ogos ini akan menarik penonton kerana menggabungkan unsur hiburan selain jalan cerita yang menarik dan penuh nasihat.